Photobucket Photobucket
Showing posts with label ISLAM. Show all posts
Showing posts with label ISLAM. Show all posts

Thursday, November 21, 2013

FAIL

Abaikan gambar ini . tiada kaitan pun

Assalamualaikum ya habibi ya habibati . haha .
Today , prof akan bentangkan sedikit sebanyak tentang 

Ketidakberkesanan proses mentarbiyah dan ditarbiyah
So . punca pertama adalah 

Judgemental
 Judgemental ni memang buat orang rasa nak-tumbuk-terajang-humban-motosikal-rumah-semua-dekat-atas-kepala . Sampai macam tu sekali rasanya ..

Judgemental ni masalah kedua-dua pihak , si daie dan si mad'u .

Situasi satu :-

daie yang judgemental sampai mad'u rasa nak-baling-dia-dengan-kereta-dan-petisejuk-empat-tingkat

"Kau kena dengar ni apa yang aku nak cakap . kau tu belum dapat hidayah . meh aku bagi sikit"

"Kau ingat , solat 5 waktu tu dah boleh jamin kau masuk syorga ? takpayah dah buat-buat benda lain ?"

Tahulah nak buat dakwah sarcastic macam mato . Tapi , takyahlah lebih-lebih sangat . Buat orang menyampah adalah . 

Situasi dua :-

Mad'u yang judgemental 

" So , kau rasa kau dah pakai macam ni , kau boleh suka hati tegur lah ?"

"Eh , kau takyah nak ceramah aku sangat . kau balik , tengok , perbetulkan family kau dulu"

"Kau nak menyebok hal aku pehal ?"

"Eh , kau tahu , dia tu pakai je camtu  . larang orang buat itu ini , tapi dia sendiri buat kot "

Situasi lain pula apabila daie dia ni show off

"Aku tak tidur semalam , dating dengan Allah"
"Aku kalau solat , kalau tak sejam , tak jadi . paling sekejap pun aku solat 1 jam setengah . Korang kalau solat dalam 15 minit je , baik ambik wudhu , solat semula"
post dekat facebook "Done baca quran . setiap kali baca mesti airmata mengalir ."

so , benda ni akan buat orang-orang yang nak kena tarbiyah ni keluar muntah-hijau-biru-semua . 
Ibadah kita , biar kita dengan Allah jelah yang tahu . Takut nanti adik beradik Riak-Ujub-takbur tu keluar , niat terpesong .

Another situation :-

Suka post hadis-hadis yang takda sanad , takda perawi . entah benda tu sahih ke tak . So , kalau orang tanya , 'entah , aku post je' . 
Lepas tu sukahati-nenek-moyang-dia buat fatwa sendiri , contohnya
'Couple itu boleh , yang penting jangan selalu jumpa , kadang-kadang bolehlah'

So , orang-orang yang mungkin third culture kid , taktahu apa-apa , baru nak berjinak-jinak dengan agama akan ikut je benda tu . ingat benda tu betul je . dan makin lama makin ramai yang ikut jadi lah 
Cultural Imperialism over religion

Sebab-sebab macam nilah yang buat proses tarbiyah itu
FAIL ! 
Bayangkan orang yang memang zero bab-bab agama , kita push , force , sumbatkan dalam kepala hotak dia benda-benda complex about agama , sedangkan pasal solat dia tak past lagi . bukan ke akan berlaku kecelaruan disitu . Slow-slowlah . step by step . Allah tahu . Allah tolong . 

Sebenarnya Bukan salah orang tak dengar apa yang kita sampaikan . Tapi mungkin , kita yang salah sampaikan . maksud aku , cara tu salah .
Dakwah pun ikut situasi gak . Dah kalau jumpa rockers terbiar dekat tepi jalan , tak bolehlah nak harsh , push sangat , santai-santai sudahlah . kau ingat dorang nak dengar ke kalau kau cakap
"Sesungguhnya , apa yang kalian buat ini sungguhlah lagho . Allah tidak suka orang yang buat perkara lagho . surah al mukminun ....."
They wont listen to it .
Serius . 

So , maybe ni jelah yang aku boleh kongsikan . 
semoga bermanfaat .



(benda ni takda kaitan ngan orang lain. kalau ada tu , kebetulanlah)



Saturday, November 9, 2013

Contengan november



Hello earthlings . It seems like a century I stop blogging .
I have nothing to share . But I miss blogging , writing and reading . Lol .

Mayyyybee I will talk about Hijrah today .

So . Hijrah bermaksud , berpindah .
Kalau zaman nabi dulu , penduduk mekah berpindah ke Madinah .

But , dalam konteks kita hari ini .
Hijrah dari wilayah Jahiliah ke kawasan Tarbiyah . 

Hijrah tidak perlu drastik . Nanti jatuhnya juga drastik . Hijrah biarlah perlahan-lahan . yang penting istiqomah . Allah lihat pada usaha .
 Sabda rasulullah : "sebaik-baik amal adalah amal yang sedikit namun berterusan"

 Perlu ada perubahan . Biarpun sedikit .

Jika dulu kita seorang yang freehair , hari ini kita sudah berjinak-jinak dengan tudung .
Jika dulu kita suka memakai pakaian 'adik-adik' , hari ini , kita sudah memakai pakaian orang dewasa
Jika dahulu kita berdua-duaan dengan ajnabi , sekarang kita sudah renggang sedikit 
Jika dahulu isu umat tidak kita peduli , sekurang-kurangnya hari ini kita sudah kenal dengan presiden Morsi

Jika tidak mampu solat berjemaah , usah melewat-lewatkan solat
Jika tidak mampu membaca Al Quran , usah berhenti belajar agama
Jika tidak mampu menjadi Daie , Usah berhenti menjadi Mad'u
Jika tidak mampu berhenti maksiat , usah berhenti bertaubat
Jika tidak mampu mendatangi ketaatan , usah berhenti berdoa diberi kekuatan . 

Biarlah siapa kita yang lalu , si pendosa ? si perompak ? Si pengkhianat ? Si pengumpat ? 
 Siapa siapa pun kita dahulu . Itu tidak menghalang untuk kita jadi diri kita yang lain di masa depan . 
Semua orang mempunyai sejarah silam . semua orang mempunyai sejarah hitam . Dan semua orang mempunyai peluang untuk memperbetulkan hidupnya di masa hadapan . Allah maha penyayang . 
Selagi mana pergantungan kita kepadaNya ,insyaAllah , hidayah akan diberiNya kepada kita .

Bak kata Hlovate . "Everybody has a past , everybody lives a present and everybody deserve a future"


Hijrah is about change. It is about repentance. It is about transformation. It is about reforms. It is about renaissance. Hijrah is more than just about changing your place of abode to a new address.


Hijrah itu perubahan . It's not to be The best , it's all about to be better than yesterday . 
Kisah jahiliah kita biarlah menjadi rahsia kita dan Allah . Tidak perlu dicanang , dijaja ke sana ke mari . 
Yang dulu itu tidak penting , yang penting adalah hari ini dan akan datang .

Salam Maal Hijrah .





Monday, June 3, 2013

Unpredictable


Meniti hari-hari yang mendatang . Mungkin aku semakin matang . Atau masih seperti dulu .

Down . Down . Down . Down .

Hidup rasa kosong , rasa terumbang ambing , rasa jauh dari tuhan . Adakah aku terlalu banyak dosa ? sehinggakan hidupku rasa tidak bererti ? Rasa tidak terurus . Amarah menguasai diri , hanyut di lautan nafsu .  Hilang dalam arus jahiliyah . Adakah aku terlalu cintakan dunia ? Adakah aku terlalu selesa dibuai arus duniawi ? Arghhh ! aku tidak tahu ..

Aku kata aku mahukan syurga , tapi perbuatanku ibarat menempah neraka , Aku kata aku cinta Allah , tapi kadang-kadang aku rasa jauh dari-Nya , aku langgar perintah-Nya , aku kata aku rindu rasulullah tapi jarang sekali aku amalkan sunnah-Nya . Argh ! Aku penipu .

Aku sendiri kecelaruan identiti . Aku tidak kenal aku yang sekarang , ini bukan aku yang dulu . Aku yang hanyut dalam emosi sendiri , permainan rekaan aku sendiri . 

Biarlah apa yang berlaku pada aku yang lepas . aku tidak mahu mengingatinya , namun memang agak sukar melenyapkannya dari kotak ingatan . 

Apa yang aku perlu buat perlulah kerana Allah .

Hati , apa kau buat perlulah kerana Allah 

Tapi , apa yang harus aku buat untuk ajar hati mengenal Allah ?!

Kesal .

....................................


Aku tak kata yang hijrah ini mudah . Tapi istiqomah itu lebih sukar .  Kerana syurga itu sangat indah .

Aku perlu kuat . Aku perlu tabah . 

Yakin , Innallaha ma'assobirin . 

Iman aku tak kental lagi bro . Mudah bergoyang , mudah hanyut . Mungkin sebab 'base' dia tak berapa kukuh . 

Apa yang aku perlu buat adalah kuatkan base .

zeyra , apa yang kau perlu buat adalah kuatkan base 

Base , Tapak . Kau kena ikatkan hati kau pada Allah . Hanya padaNya tempat pergantungan . Kau perlu serahkan semuanya pada Allah . Ya . Kau mampu . 

Tapi aku perlukan sokongan dan dorongan dari orang lain.

Mengapa kau perlukan orang lain sedangkan ada Allah bersamamu ?

Sometimes aku lalai , aku perlukan sahabat yang mampu bimbing aku .. 

That's why Allah dah bagi kat kau , cuma kau tak reti manfaatkan . sebab kau ego . kau perlu buang ego kau . kau kena tahu konsep Give and take ..

Ya . Mungkin memang benar . 

Aku Perlu Berubah . Perlu Berubah . Perlu Berubah .

Alhamdulillah . Aku gembira dengan hidupaku sekarang . Aku tak kata aku baik , aku maksum . Tak , aku masih pendosa tanpa noktah . Tapi at least , aku ada sahabat yang sentiasa ingatkan aku , bukan menghukum . bukan memerli , sahabat yang sentiasa tarik aku ke jalan yang benar bila aku tersasar . Terima kasih sahabat .


Coretan di malam hari . Penulisan agak mengelirukan , sama dengan aku , aku yang penuh tanda tanya

Saturday, January 19, 2013

Cahaya-Mu

Gambar tiada kaitan 


Setelah keletihan berjoging sebanyak tiga pusingan di Taman rekreasi itu , Naufal duduk di sebuah bangku yang terdapat disitu .. Dia memandang sekilas jam di pergelangan tangannya .
"15 minit sahaja lagi pukul 5.30 petang" Bisik hatinya . Dia sesekali mengelap peluh yang bertitisan di dahinya . Tiba tiba dia disapa oleh seseorang .

"Hai Naufal" Otaknya cuba mengintepretasikan siapakah yang berada di hadapannya itu . Namun , ia gagal . Walau bagaimanapun , dia cuba juga menjawab sapaan manusia itu . Manusia itu ibarat mengetahui isi hati Naufal lantas berkata .

"Ini aku lah , Danny . Kawan sekelas kau masa tingkatan 5 dulu . Tak ingat ?" Kata insan itu sambil senyuman tak lekang di wajahnya .

"Oh .. Danny" Baru dia ingat , Danny ialah satu-satunya rakan 'non-muslim' di kelasnya suatu ketika dahulu . "Duduklah Danny . Semakin kacak kau sekarang , tu pasallah aku tak berapa ingat kau ." Jelas Naufal . Danny mengambil tempat di sebelah Naufal .

"Eh , aku dari dulu lagi kacak lah .. haha . Kau buat apa sekarang ?" Balas Danny .

"Hmp . Aku macam nilah , menganggur . Pagi aku menulis , petang aku joging . Kau pula ?" Kata Naufal sambil matanya memandang Danny

"Aku masih study . Kau tulis buku ke ?" Soal Danny

"Oh . Baguslah , masih study . Ye . Tulis buku , tapi aku masih blank , takde idea" Jawab Naufal .

"Oh macamtu . Boleh aku bantu ? Manatahu aku dapat bagi idea sikit ke" Ikhlas Danny memberikan bantuan . Dengan serta merta , timbul satu idea di kepala Naufal .

"Betul kau nak tolong ?" Naufal ingin mensahihkan lagi pernyataan Danny itu .

"Ya ." Jawab Danny ringkas.

"Baiklah , kalau aku tanya , kau jawab dengan jujur ok" Kata Naufal .

"Ok . Ok" Balas Danny 

"Soalan pertama , apa pandangan kau tentang islam ?" Soal Naufal sambil merenung tajam ke dalam anak mata Danny .
Danny mengeluh berat 

"Islam ? Bagi aku islam agama yang benar." Jawab Danny sambil kakinya menguis-nguis rumput di taman rekreasi itu . Naufal tersentak .

"Habis , kalau kau yakin islam agama yang benar , kenapa kau tak masuk islam saja ?" Soal Naufal.

"Entah lah . Aku pegang pada satu prinsip bahawa tak kisahlah islam atau tak , matlamat kita cuma nak ke syurga." Kata Danny . Naufal semakin berminat .

"Maksud kau ? Aku masih kurang jelas" Balas Naufal

"Dia macam ni , analoginya , macam dekat sekolah , tak kiralah sains tulen atau sains sukan , matlamat kita adalah straight A SPM . So , maksud aku , tak kiralah jalan mana kita ambil , kita tetap akan masuk syurga kalau cara kita betul . " Agak panjang pencerahan yang diberikan oleh Danny .

"Hmp . Mana boleh samakan agama dengan sekolah . Agama ni pegangan kita , kepercayaan kita , 'salah pegang' , merana diri.  " Bidas Naufal . Agak kurang senang dia agama disamakan dengan sekolah . Namun , dia faham maksud Danny itu . Cuma analogi

"Betullah kata kau ,aku bukan apa , aku belum terbuka hati untuk islam sebab aku nampak islam sama je dengan agama lain . Kes buang anak , islam . Kes rompak , islam . Lagipun macam islam ni mengongkong sangat lah . Perempuan kena bertutup dan sebagainya " Kata Danny .. Naufal terasa hatinya semakin 'mendidih' . Pedas telinganya . Namun , bukan salah Danny , dia juga yang menyuruh Danny jawab dengan jujur

"Danny , semua yang kau nampak tu cuma islam dalam IC je . Kau tak seharusnya 'blame' islam .Sebab islam tak salah , yang salah orang islam itu sendiri . Lagi satu , yang kau nampak semua tu , mereka tak berpegang pada ajaran Nabi . Dalam satu hadis dijelaskan ...

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (s.a.w.).
(Imam Malik).
Oleh itu , semua yang kau kata tadi , buang anak , Rompak , semua itu , mereka tak pegang dua perkara ini . " Panjang lebar hujah Naufal sambil mengambil potongan hadis lagi ..

Diam . Danny tunduk . Rasa bersalah menguasai diri , dia tahu , dia tidak sepatutnya menyalahkan islam . Yang patut disalahkan ialah orang islam yang tak berpegang pada islam itu sendiri .

"Maaf jika aku menyinggung kau" Kata Danny lemah.

"Takpe , aku faham" Balas Naufal .

"Tapi aku tahu fal , kau bukan jenis macamtu . Aku tahu kau berpegang pada dua benda tu . Dan aku yakin kau akan buka minda remaja islam yang lain . Dan aku harap , penulisan kau akan dapat buat generasi yang lain kagum dan menginspirasikan kau ." Danny cuba untuk menaikkan kembali semangat Naufal yang dilihatnya semakin pudar . Itu semua ikhlas dari hatinya .

"InsyaAllah Danny .. Aku pun sedih tengok remaja islamku sekarang ni . Aku nak bentuk hati-hati yang sanggup berjuang untuk agama . Aku menjadi inspirasi ? Tidak . Nabi Muhammad saja yang sesuai dijadikan inspirasi . Baginda SAW sungguh murni hatinya , aku ni pendosa , iman aku sekejap di atas , sekejap di bawah . Di samping aku nak bawa orang 'mencintai' islam . Aku mahu juga ada orang yang ajar aku untuk kuatkan keimanan " . Luah Naufal . Entah mengapa , ringan sahaja dia meluahkan perasaan pada Danny . Selama ini , dialah yang paling susah sekali 'menzahirkan' perasaannya ..

Danny diam .. Kemudian dia berkata perlahan . "Kau kata nak bentuk hati mencintai islam kan ? Boleh kau bentuk hati aku ?" Danny bertanya sambil matanya memandang bumi .

Sedikit terperanjat , Naufal menyoal "Maksud kau ?"

"Aku dah lama nak Masuk islam . Tapi , tiada siapa nak bantu aku . Aku harap kau dapat bantu aku" Jelas Danny . Matanya masih juga tertumpu pada lantai ..

Entah mengapa pernyataan itu membuatkan mata Naufal berkaca .

"Ya , aku akan bantu kau . Jom aku ajar kau mengucap dua kalimah syahadah" Kata Naufal . Tidak dia sangka , perjumpaan singkatnya bersama rakan lamanya itu merupakan satu sejarah yang tidak mungkin dia lupakan .

"Asyhadu allaa ilaaa haa ilaa Allah , Wa Asyhadu anna Muhammadarrasulullah . Aku Naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah ." Lancar sahaja Danny mengucap 2 kalimah syahadah . Dengan serta merta , Naufal melihat airmata Danny menitis . Airmata taubat . Airmata yang penuh ikhlas .

"Kau dah hafal 2 kalimah syahadah ?" Soal Naufal

"Aku dah kata , lama dah aku nak masuk islam . Cuma aku takut aku hanyut tanpa bimbingan . Hari ini , aku jumpa kau , dan aku yakin kau dapat bimbing aku" Kata Danny .

"Aku akan tulis satu buku yang bertajuk 'Cahaya-Mu' . Esok , aku bawa kau ke pejabat agama , kita sahkan keislaman kau . Mari , ikut aku ke kereta , nak bagi kau sesuatu" 5 minit sahaja lagi pukul 6.00 . Danny dan Naufal beriringan ke kereta Naufal , Naufal mengambil sesuatu dan memberikan kepada Danny .

"Apa ni ?" soal Danny .

"Tafsir Al Quran . Kau bacalah . Kau berpeganglah padanya . " Naufal mengukir senyuman yang manis .

"Terima kasih Naufal . Kau adalah hidayah yang Allah hantar untukku" Dia lantas memeluk sahabatnya itu sambil air mata tidak berhenti bercucuran di pipinya ..

"Alhamdulillah" bisik Naufal ..

Penulisan ini tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia . Ia hanya rekaan semata-mata . Mesejnya : Hidayah itu datang dalam keadaan yang tidak diduga . Sesungguhnya firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 11 :  "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya."


Wednesday, January 9, 2013

Aku , Kau dan Tudung Labuh



"Dah semakin ramai yang bertudung labuh sekarang kan izah" Kata Zinnirah memecah kesunyian setelah selesai menghabiskan sisa nasi gorengnya .. Memang begitulah kebiasaan mereka , mereka tidak gemar bercakap semasa makan ..

"Alhamdulillah Irah . Dah semakin ramai 'geng' kau ." kata Shafizah seraya mengusik Zinnirah .

"Yelah . Dah makin ramai 'geng' aku . Kau bila lagi ?" Sebenarnya , besar hati Zinnirah melihat kawan baiknya itu bertudung labuh . Shafizah itu jauh lebih hebat berbandingnya . Pengetahuan agamanya luas . Sopan pekertinya . Dia menutup aurat dengan sempurna , cuma , tidak bertudung labuh sahaja..

Izah diam . Matanya tertumpu pada sekelompok 'geng tudung labuh' yang lain yang sedang bersembang dengan beberapa orang muslimin . Rakan sekelas mereka agaknya ..

"Bukan aku taknak bertudung labuh , Ira . To be honest , aku jealous tengok kau dengan ikhwat yang lain yang bertudung labuh ".  Mendatar sahaja Izah membalas . 

"Habis , kenapa kau tak pakai ? Kau pun lagi hebat ilmu agama dari aku ." Besar benar pengharapan yang diberikan Irah kepada Izah .

"Aku tak sedia lagi" . Ringkas saja jawapan Izah . Dia sebenarnya ada perspektif tersendiri tentang tudung labuh . 

"Tak sedia ? Maksud Kau ? Aku bukan kata kau tak menutup aurat dengan sempurna. Kau jangan salah faham , Dah ok dah kau tutup aurat , cuma , lebih comel kalau kau guna tudung labuh bulat" Irah tidak berhenti mengajak Izah bertudung labuh . Izah tahu , niat rakannya itu baik , namun , dia juga ada pendapat sendiri .

"Irah , kau tahu kan aku ni macam mana , semua muslimin kawan ngan aku . Maksud aku , ikhtilat Irah , ikhtilat ! Sebelum aku mengenakan tudung labuh , aku nak jaga ikhtilat aku dulu . Aku taknak , bila aku dah jadi 'geng tudung labuh', aku jadi 'si pencemar imej tudung labuh' . Aku takut itu , Irah " Kali ini , Izah cuba menyuarakan pendapatnya ..

"Hmpp . Kita memang tak dapat puaskan hati semua orang , Izah" Balas Irah pendek

"Ya , itu aku tahu , tapi , kita juga tak boleh nak ubah perspektif orang . Kau tahu kan pandangan masyarakat macam mana , bila seorang buat salah , semua akan kena . Jadi , aku taknak lah menjadi tunjang kepada tercemarnya 'imej tudung labuh " .. Hujah Izah

Diam . Irah cuba mentafsirkan kata-kata Izah tadi . Di suatu sudut , dia mengiyakan pendapat Izah itu .

"Lagi satu , bagi aku , definisi bertudung labuh itu bukanlah setakat , ambik tudung , pakai .. Maksud dia lebih luas dari itu Irah . Kita perlu Labuhkan tudung mata , labuhkan tudung hati , labuhkan tudung mulut . Hmpp . Kau tahu kan apa perspektif orang pada orang yang bertudung labuh ni , 'orang yang bertudung labuh ni bukan baik sangat pun' . So , bila aku dah bertudung labuh satu hari nanti , aku nak ubah perspektif tu . " Panjang lebar Izah berhujah . Maklumlah .. Setiap tahun dia akan mengambil bahagian dalam pertandingan debat .

"Jadi , bila kau nak mula 'mengubah perspektif orang ni ?' " Sengaja Zinnirah mengajukan soalan yang agak tersirat .

Shafizah hanya membalas soalan itu dengan senyuman . Senyuman yang agak sukar difahami ..
Zinnirah pula cuba untuk memahami maksud senyuman itu . Dia berharap suatu hari nanti rakannya itu berubah hati dan menjadi inspirasi kepada generasi lain .. 



Coretan Penulis : Maaf , Storyline agak tergantung kerana penulis kekeringan Idea :)

Friday, December 14, 2012

Halawatul Ukhuwah ♥


Halawatul Ukhwah . Apa itu ? Ia bermaksud Kemanisan ukhuwah .. 


Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi suntikan semangat perjuangan..alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati..



Coretan ini kutujukan khas buat insan yang bergelar sahabat-teman-kawan-rakan.... sahabat.. coretan ini dari hati yang ingin mengerti..untuk harga sebuah ukhuwah yang sering tidak diambil peduli.. sahabat... ukhuwah persis untaian tasbih..ada awal dan akhirnya..dicantum kerana-NYA..diratib juga kerana-NYA.


Ukhuwah itu terlalu indahkan?? Titik pertemuan ukhuwah yang sebenarnya adalah semuanya kerana RABBUL IZZATI.. sahabat.. Demi ALLAH,saya menyayangi kamu semua.. bukankah mengasihi temannya lebih dari diri sendiri dan hanya kerana ILAHI INSYAALLAH akan beroleh halawatul iman juga... sahabat....

sabda Rasullulah S.A.w.."umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim.."
sahabat, ukhuwah didirikan atas dasar nasihat menasihati kerana ALLAH DAN tidak lupa juga ukhuwah dalam keadaan susah dan senang................. Sahabat... ukhuwah merupakan pemberian RABBANI yang dianugerahkan ALLAH ke dalam hati hamba-hambaNYA yang ikhlas menerima dan beriman.

sahabat.... Saya mengasihimu kerana ALLAH dan ku pinta kasihiku kerana ALLAH juga. ku garapkan coretan ini khas buat yang bergelar sahabat.. yang mengenaliku sebagai sahabat teman kawan dan rakan...... Moga indah ukhuwah kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH TAALA RABBUL IZZATI YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG…



Ukhuwah.. Terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis pabila dihiasi dengan kasih sayang kejujuran dan keikhlasan... Ukhuwah... Tidak semua manusia menghargai sebuah ukhuwah tersebut... kekadang..kerana sebuah ukhuwah,air mata sering menitis kerananya.. Ukhuwah... ukhuwah itu terlalu bererti buatku YA ALLAH...... Rahmatilah dan redhailah ukhuwah kami...

Sunday, December 2, 2012

Buatmu Muslimah Solehah


Assalamualaikum .. 
Semua Muslimah berazam untuk menjadi muslimah solehah ..Namun , Bukan mudah untuk Menjadi SOLEHAH . Ada syarat-syaratnya .. Antaranya , ialah :-

1.Solat tepat waktu
2.Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
3.Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti Bismillah,Alhamdulillah,  InsyaALLAH, Subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
4.Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.
5.Bercakap dengan rendah suara.
6.Lembut dan halus tingkahlakunya.
7.Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
8.Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
9.Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.
10.Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
11.Pandai mengambil hati orang tua.
12.Menghormati dan taat ibubapa.
13.Kesayangan keluarga dan tetangga.
14.Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
15.Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.
16.Rambut tak diwarnakan.
17.Banyak dan murah dengan senyuman.
18.Banyak mendengar dari bercakap.
19.Senyuman adalah ketawanya.
20.Tidak ketawa terbahak-bahak.
21.Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
22.Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
23.Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.
24.Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
25.Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
26.Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
27.Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.
28.Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
29.Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.
30.Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.
31.Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.
32.Menitik beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan.Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.
Sumber : Kak shaa

Thursday, November 29, 2012

Remaja dan Cinta


Assalamualaikum . 

Sebagai seorang remaja , tipulah kalau saya cakap TIDAK PERNAH sekali pun perasaan INGIN BERCINTA itu hadir . Tipulah . Kenapa tipu ? kerana Cinta dan remaja adalah dua benda yang tidak dapat dipisahkan . Cinta itu mulanya sebagai satu benda yang suci . Namun , Dalam era pascaglobalisasi dan serba maju ini , Takrif CINTA itu disalah ertikan khususnya oleh insan yang bergelar REMAJA . ceh . 
Kemudian , apabila cinta itu 'Diislamikkan' wujudlah post post di Facebook mengenai 'Pemilik Tulang Rusuk' dan 'Bakal Imamku'
Persoalannya sekarang wahai remaja seperjuanganku .. Cukupkah sudah cinta kita untuk Allah ? Antara Allah dengan GF/BF kita , yang mana lebih kita utamakan ? semua akan jawab Allah .. Bagus adik adik akak . hehe

Tapi , jika kita fokuskan skop pemikiran kita pada situasi yang real . kita sebenarnya lebih mengutamakan GF/BF lebih daripada Allah . Tak percaya ?

Bila GF/BF call : dush ! ontime jawab fon , kalau lambat , kena marah . Kalau sampai miscall lagi , mandi jwbnya .
Bila Allah 'call' : "Kejaplah , 10 minit lagi , best game ni"
                          "Masih Awallah .. Relax"
kekadang sampai TERMISCALL pulak call Allah itu . Dah tahu termiscall , taknak pulak kita call balik .

Tahukah kamu wahai remaja Seperjuanganku

Agungnya cinta yang bernawaitukan Penguasa Cinta. Pemilik haqiqi manusia yang ingin dilamunkan cinta. Kerna waham yang jelas bisa merungkaikan kefasikan cinta. Bahwa cinta itu kan melenyap bersama lenyapnya sebab untuk bercinta. Qayyim yang bijaksana telah berkata. Dan itulah realiti cinta.

jadi , Pesanan akhir dari diriku untuk kamu 
Cintai Allah dahulu sebelum mencintai HambaNya kerana

Cinta Allah... 
Cinta yang tidak pernah melukakan, 
Tidak pernah meninggalkan
dan takkan pernah Mengecewakan


Sekian .. Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh ...

Friday, November 2, 2012

Islam itu mudah ? Bukti ?


Seorang budak datang dan bertanya kepadaku .

 "Kak , Kakak rasa islam tu mudah ka ?"

aku pun menjawab . "Ya dik . islam tuh sangat mudah ."

"contohnya ?" katanya lagi

" Kita kena solat 5 waktu jangan tinggal " kataku

"Bukankah itu menyusahkan ?" Dia bertanya

ikutkan hati , ingin sahaja aku menendang dan menghentak kepalanya itu . *Kejamnya Imaginasi* . Namun , itulah sifat kanak'2 . Banyak bertanya . Mungkin aku dahulu pun begitu . Tapi dia taklah kanak'2 sangat . Dalm 9 tahun mcmtuh . :D

Hmmp . Aku katakan padanya , "Adik , Allah suruh kita solat 5 waktu untuk kebaikan kita sendiri . Kita mahu berjaya kan . Jadi , kita kena solat . Bukanlah kita solat sampai tak belajar . Tapi , kita kena minta pertolongan dari Allah . Kan Allah maha pemurah . Kesimpulannya , islam itu MUDAH sebab membantu kita untuk berjaya ."

"Oh .macamtuh . Abis , kenapa ada orang yang solat tapi tak berjaya jugak ?" katanya lagi

"Ermm . Itu mungkin ada 2 sebab . Sebab pertama , Allah nak uji tahap keimanan dan tahap kesabarannya . Sejauh mana kuatnya ketaqwaanya kepada Allah . Sejauh mana yakinnya dia pada janji Allah . Sebab kedua pula . Mungkin dia solat Kerana NAK BERJAYA . bukan KERANA ALLAH . Kita kena solat LILLAHITAALA . Dan mintak kejayaan dri Allah . Nanti kalau kau besar suda , kau paam la tuh"


"Ohh . begitu ." katanya

"Faham suda kah ?" aku lagi yang mengajukan soalan

"Belum lagi ."

Haihh . kena makan la jugak dia ne . Aku pun fedup . Dan cakap "Nanti kau besar , kau akan faham"


oke . So , Friends . Mari kita fokuskan skop pemikiran kita kepada perkara'2 kecil mengenai islam itu mudah .

1. Biarpun kita tak boleh nak solat , bila kita ambik wuduk jak , Dosa kecil kita terhapus - Mudah 'Membasuh' dosa
2. Kita cakap benda'2 yang baik jak pun sudah dapat pahala
3 . Tengok muka makbapak pun suda dapat pahala .

adoi .. banyak lagi sebenarnya . Tapi . GTG now , Otak pun blank lama tak post entry . Bzy jer memanjang . Keh la . uolls . Assalamualaikum .

Saturday, October 20, 2012

Pinjam Masa , Doakan penduduk syria

Assalamualaikum allss . so , malam ne ,zeyra nak seru blogger'2 muslim semua . doakan sudara'2 kita di Syria . Tolong mereka . biarpun kita takdapat nak bantu mereka perangi Yahudi laknatullah , cukuplah kita baca doa qunut Nazilah ini


TOLONG TEKAN VIDEO INI . TADAH TANGAN . IKUT SAMA'2 BERDOA JIKA KITA SAYANGKAN ISLAM .

Sekadar entry pendek . Spread it !