Photobucket Photobucket
Showing posts with label boring. Show all posts
Showing posts with label boring. Show all posts

Thursday, November 21, 2013

FAIL

Abaikan gambar ini . tiada kaitan pun

Assalamualaikum ya habibi ya habibati . haha .
Today , prof akan bentangkan sedikit sebanyak tentang 

Ketidakberkesanan proses mentarbiyah dan ditarbiyah
So . punca pertama adalah 

Judgemental
 Judgemental ni memang buat orang rasa nak-tumbuk-terajang-humban-motosikal-rumah-semua-dekat-atas-kepala . Sampai macam tu sekali rasanya ..

Judgemental ni masalah kedua-dua pihak , si daie dan si mad'u .

Situasi satu :-

daie yang judgemental sampai mad'u rasa nak-baling-dia-dengan-kereta-dan-petisejuk-empat-tingkat

"Kau kena dengar ni apa yang aku nak cakap . kau tu belum dapat hidayah . meh aku bagi sikit"

"Kau ingat , solat 5 waktu tu dah boleh jamin kau masuk syorga ? takpayah dah buat-buat benda lain ?"

Tahulah nak buat dakwah sarcastic macam mato . Tapi , takyahlah lebih-lebih sangat . Buat orang menyampah adalah . 

Situasi dua :-

Mad'u yang judgemental 

" So , kau rasa kau dah pakai macam ni , kau boleh suka hati tegur lah ?"

"Eh , kau takyah nak ceramah aku sangat . kau balik , tengok , perbetulkan family kau dulu"

"Kau nak menyebok hal aku pehal ?"

"Eh , kau tahu , dia tu pakai je camtu  . larang orang buat itu ini , tapi dia sendiri buat kot "

Situasi lain pula apabila daie dia ni show off

"Aku tak tidur semalam , dating dengan Allah"
"Aku kalau solat , kalau tak sejam , tak jadi . paling sekejap pun aku solat 1 jam setengah . Korang kalau solat dalam 15 minit je , baik ambik wudhu , solat semula"
post dekat facebook "Done baca quran . setiap kali baca mesti airmata mengalir ."

so , benda ni akan buat orang-orang yang nak kena tarbiyah ni keluar muntah-hijau-biru-semua . 
Ibadah kita , biar kita dengan Allah jelah yang tahu . Takut nanti adik beradik Riak-Ujub-takbur tu keluar , niat terpesong .

Another situation :-

Suka post hadis-hadis yang takda sanad , takda perawi . entah benda tu sahih ke tak . So , kalau orang tanya , 'entah , aku post je' . 
Lepas tu sukahati-nenek-moyang-dia buat fatwa sendiri , contohnya
'Couple itu boleh , yang penting jangan selalu jumpa , kadang-kadang bolehlah'

So , orang-orang yang mungkin third culture kid , taktahu apa-apa , baru nak berjinak-jinak dengan agama akan ikut je benda tu . ingat benda tu betul je . dan makin lama makin ramai yang ikut jadi lah 
Cultural Imperialism over religion

Sebab-sebab macam nilah yang buat proses tarbiyah itu
FAIL ! 
Bayangkan orang yang memang zero bab-bab agama , kita push , force , sumbatkan dalam kepala hotak dia benda-benda complex about agama , sedangkan pasal solat dia tak past lagi . bukan ke akan berlaku kecelaruan disitu . Slow-slowlah . step by step . Allah tahu . Allah tolong . 

Sebenarnya Bukan salah orang tak dengar apa yang kita sampaikan . Tapi mungkin , kita yang salah sampaikan . maksud aku , cara tu salah .
Dakwah pun ikut situasi gak . Dah kalau jumpa rockers terbiar dekat tepi jalan , tak bolehlah nak harsh , push sangat , santai-santai sudahlah . kau ingat dorang nak dengar ke kalau kau cakap
"Sesungguhnya , apa yang kalian buat ini sungguhlah lagho . Allah tidak suka orang yang buat perkara lagho . surah al mukminun ....."
They wont listen to it .
Serius . 

So , maybe ni jelah yang aku boleh kongsikan . 
semoga bermanfaat .



(benda ni takda kaitan ngan orang lain. kalau ada tu , kebetulanlah)



Saturday, November 9, 2013

Contengan november



Hello earthlings . It seems like a century I stop blogging .
I have nothing to share . But I miss blogging , writing and reading . Lol .

Mayyyybee I will talk about Hijrah today .

So . Hijrah bermaksud , berpindah .
Kalau zaman nabi dulu , penduduk mekah berpindah ke Madinah .

But , dalam konteks kita hari ini .
Hijrah dari wilayah Jahiliah ke kawasan Tarbiyah . 

Hijrah tidak perlu drastik . Nanti jatuhnya juga drastik . Hijrah biarlah perlahan-lahan . yang penting istiqomah . Allah lihat pada usaha .
 Sabda rasulullah : "sebaik-baik amal adalah amal yang sedikit namun berterusan"

 Perlu ada perubahan . Biarpun sedikit .

Jika dulu kita seorang yang freehair , hari ini kita sudah berjinak-jinak dengan tudung .
Jika dulu kita suka memakai pakaian 'adik-adik' , hari ini , kita sudah memakai pakaian orang dewasa
Jika dahulu kita berdua-duaan dengan ajnabi , sekarang kita sudah renggang sedikit 
Jika dahulu isu umat tidak kita peduli , sekurang-kurangnya hari ini kita sudah kenal dengan presiden Morsi

Jika tidak mampu solat berjemaah , usah melewat-lewatkan solat
Jika tidak mampu membaca Al Quran , usah berhenti belajar agama
Jika tidak mampu menjadi Daie , Usah berhenti menjadi Mad'u
Jika tidak mampu berhenti maksiat , usah berhenti bertaubat
Jika tidak mampu mendatangi ketaatan , usah berhenti berdoa diberi kekuatan . 

Biarlah siapa kita yang lalu , si pendosa ? si perompak ? Si pengkhianat ? Si pengumpat ? 
 Siapa siapa pun kita dahulu . Itu tidak menghalang untuk kita jadi diri kita yang lain di masa depan . 
Semua orang mempunyai sejarah silam . semua orang mempunyai sejarah hitam . Dan semua orang mempunyai peluang untuk memperbetulkan hidupnya di masa hadapan . Allah maha penyayang . 
Selagi mana pergantungan kita kepadaNya ,insyaAllah , hidayah akan diberiNya kepada kita .

Bak kata Hlovate . "Everybody has a past , everybody lives a present and everybody deserve a future"


Hijrah is about change. It is about repentance. It is about transformation. It is about reforms. It is about renaissance. Hijrah is more than just about changing your place of abode to a new address.


Hijrah itu perubahan . It's not to be The best , it's all about to be better than yesterday . 
Kisah jahiliah kita biarlah menjadi rahsia kita dan Allah . Tidak perlu dicanang , dijaja ke sana ke mari . 
Yang dulu itu tidak penting , yang penting adalah hari ini dan akan datang .

Salam Maal Hijrah .





Monday, June 3, 2013

Unpredictable


Meniti hari-hari yang mendatang . Mungkin aku semakin matang . Atau masih seperti dulu .

Down . Down . Down . Down .

Hidup rasa kosong , rasa terumbang ambing , rasa jauh dari tuhan . Adakah aku terlalu banyak dosa ? sehinggakan hidupku rasa tidak bererti ? Rasa tidak terurus . Amarah menguasai diri , hanyut di lautan nafsu .  Hilang dalam arus jahiliyah . Adakah aku terlalu cintakan dunia ? Adakah aku terlalu selesa dibuai arus duniawi ? Arghhh ! aku tidak tahu ..

Aku kata aku mahukan syurga , tapi perbuatanku ibarat menempah neraka , Aku kata aku cinta Allah , tapi kadang-kadang aku rasa jauh dari-Nya , aku langgar perintah-Nya , aku kata aku rindu rasulullah tapi jarang sekali aku amalkan sunnah-Nya . Argh ! Aku penipu .

Aku sendiri kecelaruan identiti . Aku tidak kenal aku yang sekarang , ini bukan aku yang dulu . Aku yang hanyut dalam emosi sendiri , permainan rekaan aku sendiri . 

Biarlah apa yang berlaku pada aku yang lepas . aku tidak mahu mengingatinya , namun memang agak sukar melenyapkannya dari kotak ingatan . 

Apa yang aku perlu buat perlulah kerana Allah .

Hati , apa kau buat perlulah kerana Allah 

Tapi , apa yang harus aku buat untuk ajar hati mengenal Allah ?!

Kesal .

....................................


Aku tak kata yang hijrah ini mudah . Tapi istiqomah itu lebih sukar .  Kerana syurga itu sangat indah .

Aku perlu kuat . Aku perlu tabah . 

Yakin , Innallaha ma'assobirin . 

Iman aku tak kental lagi bro . Mudah bergoyang , mudah hanyut . Mungkin sebab 'base' dia tak berapa kukuh . 

Apa yang aku perlu buat adalah kuatkan base .

zeyra , apa yang kau perlu buat adalah kuatkan base 

Base , Tapak . Kau kena ikatkan hati kau pada Allah . Hanya padaNya tempat pergantungan . Kau perlu serahkan semuanya pada Allah . Ya . Kau mampu . 

Tapi aku perlukan sokongan dan dorongan dari orang lain.

Mengapa kau perlukan orang lain sedangkan ada Allah bersamamu ?

Sometimes aku lalai , aku perlukan sahabat yang mampu bimbing aku .. 

That's why Allah dah bagi kat kau , cuma kau tak reti manfaatkan . sebab kau ego . kau perlu buang ego kau . kau kena tahu konsep Give and take ..

Ya . Mungkin memang benar . 

Aku Perlu Berubah . Perlu Berubah . Perlu Berubah .

Alhamdulillah . Aku gembira dengan hidupaku sekarang . Aku tak kata aku baik , aku maksum . Tak , aku masih pendosa tanpa noktah . Tapi at least , aku ada sahabat yang sentiasa ingatkan aku , bukan menghukum . bukan memerli , sahabat yang sentiasa tarik aku ke jalan yang benar bila aku tersasar . Terima kasih sahabat .


Coretan di malam hari . Penulisan agak mengelirukan , sama dengan aku , aku yang penuh tanda tanya

Wednesday, December 12, 2012

Dup Dap Dup Dap ..

Gambar ini takdak kena mengena , namun saya suka gambar ini  kerana ia cantik.fulstop :)


12.12.12 .. Cantikkan date .. Tapi , Ada lagi date yang SANGAT CANTIK yang mampu menggegarkan
Ventrikel ventrikel pelajar batch 97 . yang mengambil PMR pada tahun ini . Tarikh yang dimaksudkan adalah Tarikh keramat 19.12.12 .. Hanya 7 hari sahaja lagi . Jika hari ini ditolak , hanya tinggal ENAM hari sahaja lagi . ENAM . Tak sampai seminggu pun lagi . Tup tap tup tap , pejam celik pejam celik . Dah tiba masa yang TIDAK DITUNGGU TUNGGU . Lol ..Tidak dinafikan , sekarang ini pun sudah terasa tsunami tsunami serta gempa kecil berukuran 4.3 pada skala richter Sedang berlaku di kawasan Pankreas .
Namun , Ada juga baiknya Keputusan ini keluar awal kerana kami perlu mempersiapkan mental fizikal kami , serta kami perlu mencari ketenangan sebelum kaki ini melangkah ke alam baru yang penuh liku dan duri dan ombak rindu yang berlagu lagu . Oke .. Merepek . 
Tetiba idea blank . haa . tulah , banyak merepek kan ..
Oke lah guys , banyak lagi nak tulis , tapi dah lupa . Haiihlah .. Makan semut je kerja . 
Doakan Kitorang oke .
ceq yakin dengan sepenuh hati , ramai dah yang gementaq serta terketaq nih . Sabaq noh . Doa bebanyak . InsyaAllah Boleh .




Pray For our success yek . xoxo

Friday, November 2, 2012

Islam itu mudah ? Bukti ?


Seorang budak datang dan bertanya kepadaku .

 "Kak , Kakak rasa islam tu mudah ka ?"

aku pun menjawab . "Ya dik . islam tuh sangat mudah ."

"contohnya ?" katanya lagi

" Kita kena solat 5 waktu jangan tinggal " kataku

"Bukankah itu menyusahkan ?" Dia bertanya

ikutkan hati , ingin sahaja aku menendang dan menghentak kepalanya itu . *Kejamnya Imaginasi* . Namun , itulah sifat kanak'2 . Banyak bertanya . Mungkin aku dahulu pun begitu . Tapi dia taklah kanak'2 sangat . Dalm 9 tahun mcmtuh . :D

Hmmp . Aku katakan padanya , "Adik , Allah suruh kita solat 5 waktu untuk kebaikan kita sendiri . Kita mahu berjaya kan . Jadi , kita kena solat . Bukanlah kita solat sampai tak belajar . Tapi , kita kena minta pertolongan dari Allah . Kan Allah maha pemurah . Kesimpulannya , islam itu MUDAH sebab membantu kita untuk berjaya ."

"Oh .macamtuh . Abis , kenapa ada orang yang solat tapi tak berjaya jugak ?" katanya lagi

"Ermm . Itu mungkin ada 2 sebab . Sebab pertama , Allah nak uji tahap keimanan dan tahap kesabarannya . Sejauh mana kuatnya ketaqwaanya kepada Allah . Sejauh mana yakinnya dia pada janji Allah . Sebab kedua pula . Mungkin dia solat Kerana NAK BERJAYA . bukan KERANA ALLAH . Kita kena solat LILLAHITAALA . Dan mintak kejayaan dri Allah . Nanti kalau kau besar suda , kau paam la tuh"


"Ohh . begitu ." katanya

"Faham suda kah ?" aku lagi yang mengajukan soalan

"Belum lagi ."

Haihh . kena makan la jugak dia ne . Aku pun fedup . Dan cakap "Nanti kau besar , kau akan faham"


oke . So , Friends . Mari kita fokuskan skop pemikiran kita kepada perkara'2 kecil mengenai islam itu mudah .

1. Biarpun kita tak boleh nak solat , bila kita ambik wuduk jak , Dosa kecil kita terhapus - Mudah 'Membasuh' dosa
2. Kita cakap benda'2 yang baik jak pun sudah dapat pahala
3 . Tengok muka makbapak pun suda dapat pahala .

adoi .. banyak lagi sebenarnya . Tapi . GTG now , Otak pun blank lama tak post entry . Bzy jer memanjang . Keh la . uolls . Assalamualaikum .

Tuesday, October 16, 2012

New Look .


Assalamualaikum , Holla , Halo , Bonjour .
How're you ? Khaifa Haluka ?

AKU DAH BEBAS !!!!!!!!!!
Alhamdulillah . Thanks to Allah

Taknak cakap pasal PMR dah sekarang ne . Tapi wat should you know , nampak tak skin blog zeyra ?
Dah lain dah . header pun dah tukar weih ! hoho . nampak mcam messy jer kan . tapi takpela , zeyra nak try skin yang menggambarkan personality zeyra . selama ne skin yang sweet'2 je kan . but thats not me . 
Skin yang baru ne seem cheerful kan .and thats me . hoho .
So guys ? amacam ? oke tak skin zeyra ne ? zeyra rasa cm serabut je . 



background blockquotes pun dah baru .  :P

Thursday, May 31, 2012

Delete Your twitter acount .. NOW !


okey . jangan sentap . jangan gerigau [org sabah je paham ].
kepada sesiapa yang ada twitter , 
zeyra syorkan lebih baik korang delete twitter korang 
sebab ....


takde guna pun twitter tu kalau tak folow zeyra .. kuang'3

okehh . ne screenshot zeyra punya acc . 
sila follow ye . nanti zeyra folow balik . boleh la kita 
borak'2  nanti . ehhehe 

 [Link twitter zeyra]

hehe . xmo sentap'2 yekk . 
Love you all


Wednesday, May 30, 2012

Holiday yang ....

gambar tiada kaitan . ignore it

okehh . first of all . Hello earthlingss .
So . Hows ur holiday ?? happy tak . Kalau student , mestilah happy kan . 2 week x pyah nk menghadap buku . x payah nak bangun awal and x payah nak iron baju .
But for me . Holiday  kali ni la paling membosankan . Sebab xda homework . so . xda apa'2 yg nak d fikirkan .
Outing ? hmmp . plan nak main paintball ngan kawan'2 next week ..
tak tau la kalau jadi . sebab masing'2 ada agenda masing'2 . tup tap , main sorang'2 la aku nih
jawabnye . kesian .. Ada siapa x yg nk teman zeyra main paintball ? RM20 je sorang .
Jom laa .zeyra boring ne . asyik'2 buka fb n twitter je .
xda keja . Tapi itulah hobi namanya . heh .
so , holiday korang cmne ?? cer story sikit ..