Photobucket Photobucket
Showing posts with label Mawar Berduri. Show all posts
Showing posts with label Mawar Berduri. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

Aku , Kau dan Tudung Labuh



"Dah semakin ramai yang bertudung labuh sekarang kan izah" Kata Zinnirah memecah kesunyian setelah selesai menghabiskan sisa nasi gorengnya .. Memang begitulah kebiasaan mereka , mereka tidak gemar bercakap semasa makan ..

"Alhamdulillah Irah . Dah semakin ramai 'geng' kau ." kata Shafizah seraya mengusik Zinnirah .

"Yelah . Dah makin ramai 'geng' aku . Kau bila lagi ?" Sebenarnya , besar hati Zinnirah melihat kawan baiknya itu bertudung labuh . Shafizah itu jauh lebih hebat berbandingnya . Pengetahuan agamanya luas . Sopan pekertinya . Dia menutup aurat dengan sempurna , cuma , tidak bertudung labuh sahaja..

Izah diam . Matanya tertumpu pada sekelompok 'geng tudung labuh' yang lain yang sedang bersembang dengan beberapa orang muslimin . Rakan sekelas mereka agaknya ..

"Bukan aku taknak bertudung labuh , Ira . To be honest , aku jealous tengok kau dengan ikhwat yang lain yang bertudung labuh ".  Mendatar sahaja Izah membalas . 

"Habis , kenapa kau tak pakai ? Kau pun lagi hebat ilmu agama dari aku ." Besar benar pengharapan yang diberikan Irah kepada Izah .

"Aku tak sedia lagi" . Ringkas saja jawapan Izah . Dia sebenarnya ada perspektif tersendiri tentang tudung labuh . 

"Tak sedia ? Maksud Kau ? Aku bukan kata kau tak menutup aurat dengan sempurna. Kau jangan salah faham , Dah ok dah kau tutup aurat , cuma , lebih comel kalau kau guna tudung labuh bulat" Irah tidak berhenti mengajak Izah bertudung labuh . Izah tahu , niat rakannya itu baik , namun , dia juga ada pendapat sendiri .

"Irah , kau tahu kan aku ni macam mana , semua muslimin kawan ngan aku . Maksud aku , ikhtilat Irah , ikhtilat ! Sebelum aku mengenakan tudung labuh , aku nak jaga ikhtilat aku dulu . Aku taknak , bila aku dah jadi 'geng tudung labuh', aku jadi 'si pencemar imej tudung labuh' . Aku takut itu , Irah " Kali ini , Izah cuba menyuarakan pendapatnya ..

"Hmpp . Kita memang tak dapat puaskan hati semua orang , Izah" Balas Irah pendek

"Ya , itu aku tahu , tapi , kita juga tak boleh nak ubah perspektif orang . Kau tahu kan pandangan masyarakat macam mana , bila seorang buat salah , semua akan kena . Jadi , aku taknak lah menjadi tunjang kepada tercemarnya 'imej tudung labuh " .. Hujah Izah

Diam . Irah cuba mentafsirkan kata-kata Izah tadi . Di suatu sudut , dia mengiyakan pendapat Izah itu .

"Lagi satu , bagi aku , definisi bertudung labuh itu bukanlah setakat , ambik tudung , pakai .. Maksud dia lebih luas dari itu Irah . Kita perlu Labuhkan tudung mata , labuhkan tudung hati , labuhkan tudung mulut . Hmpp . Kau tahu kan apa perspektif orang pada orang yang bertudung labuh ni , 'orang yang bertudung labuh ni bukan baik sangat pun' . So , bila aku dah bertudung labuh satu hari nanti , aku nak ubah perspektif tu . " Panjang lebar Izah berhujah . Maklumlah .. Setiap tahun dia akan mengambil bahagian dalam pertandingan debat .

"Jadi , bila kau nak mula 'mengubah perspektif orang ni ?' " Sengaja Zinnirah mengajukan soalan yang agak tersirat .

Shafizah hanya membalas soalan itu dengan senyuman . Senyuman yang agak sukar difahami ..
Zinnirah pula cuba untuk memahami maksud senyuman itu . Dia berharap suatu hari nanti rakannya itu berubah hati dan menjadi inspirasi kepada generasi lain .. 



Coretan Penulis : Maaf , Storyline agak tergantung kerana penulis kekeringan Idea :)

Sunday, December 2, 2012

Buatmu Muslimah Solehah


Assalamualaikum .. 
Semua Muslimah berazam untuk menjadi muslimah solehah ..Namun , Bukan mudah untuk Menjadi SOLEHAH . Ada syarat-syaratnya .. Antaranya , ialah :-

1.Solat tepat waktu
2.Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
3.Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti Bismillah,Alhamdulillah,  InsyaALLAH, Subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
4.Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.
5.Bercakap dengan rendah suara.
6.Lembut dan halus tingkahlakunya.
7.Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
8.Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
9.Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.
10.Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
11.Pandai mengambil hati orang tua.
12.Menghormati dan taat ibubapa.
13.Kesayangan keluarga dan tetangga.
14.Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
15.Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.
16.Rambut tak diwarnakan.
17.Banyak dan murah dengan senyuman.
18.Banyak mendengar dari bercakap.
19.Senyuman adalah ketawanya.
20.Tidak ketawa terbahak-bahak.
21.Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
22.Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
23.Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.
24.Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
25.Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
26.Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
27.Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.
28.Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
29.Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.
30.Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.
31.Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.
32.Menitik beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan.Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.
Sumber : Kak shaa