Photobucket Photobucket
Showing posts with label Shortstory .. Show all posts
Showing posts with label Shortstory .. Show all posts

Saturday, January 19, 2013

Cahaya-Mu

Gambar tiada kaitan 


Setelah keletihan berjoging sebanyak tiga pusingan di Taman rekreasi itu , Naufal duduk di sebuah bangku yang terdapat disitu .. Dia memandang sekilas jam di pergelangan tangannya .
"15 minit sahaja lagi pukul 5.30 petang" Bisik hatinya . Dia sesekali mengelap peluh yang bertitisan di dahinya . Tiba tiba dia disapa oleh seseorang .

"Hai Naufal" Otaknya cuba mengintepretasikan siapakah yang berada di hadapannya itu . Namun , ia gagal . Walau bagaimanapun , dia cuba juga menjawab sapaan manusia itu . Manusia itu ibarat mengetahui isi hati Naufal lantas berkata .

"Ini aku lah , Danny . Kawan sekelas kau masa tingkatan 5 dulu . Tak ingat ?" Kata insan itu sambil senyuman tak lekang di wajahnya .

"Oh .. Danny" Baru dia ingat , Danny ialah satu-satunya rakan 'non-muslim' di kelasnya suatu ketika dahulu . "Duduklah Danny . Semakin kacak kau sekarang , tu pasallah aku tak berapa ingat kau ." Jelas Naufal . Danny mengambil tempat di sebelah Naufal .

"Eh , aku dari dulu lagi kacak lah .. haha . Kau buat apa sekarang ?" Balas Danny .

"Hmp . Aku macam nilah , menganggur . Pagi aku menulis , petang aku joging . Kau pula ?" Kata Naufal sambil matanya memandang Danny

"Aku masih study . Kau tulis buku ke ?" Soal Danny

"Oh . Baguslah , masih study . Ye . Tulis buku , tapi aku masih blank , takde idea" Jawab Naufal .

"Oh macamtu . Boleh aku bantu ? Manatahu aku dapat bagi idea sikit ke" Ikhlas Danny memberikan bantuan . Dengan serta merta , timbul satu idea di kepala Naufal .

"Betul kau nak tolong ?" Naufal ingin mensahihkan lagi pernyataan Danny itu .

"Ya ." Jawab Danny ringkas.

"Baiklah , kalau aku tanya , kau jawab dengan jujur ok" Kata Naufal .

"Ok . Ok" Balas Danny 

"Soalan pertama , apa pandangan kau tentang islam ?" Soal Naufal sambil merenung tajam ke dalam anak mata Danny .
Danny mengeluh berat 

"Islam ? Bagi aku islam agama yang benar." Jawab Danny sambil kakinya menguis-nguis rumput di taman rekreasi itu . Naufal tersentak .

"Habis , kalau kau yakin islam agama yang benar , kenapa kau tak masuk islam saja ?" Soal Naufal.

"Entah lah . Aku pegang pada satu prinsip bahawa tak kisahlah islam atau tak , matlamat kita cuma nak ke syurga." Kata Danny . Naufal semakin berminat .

"Maksud kau ? Aku masih kurang jelas" Balas Naufal

"Dia macam ni , analoginya , macam dekat sekolah , tak kiralah sains tulen atau sains sukan , matlamat kita adalah straight A SPM . So , maksud aku , tak kiralah jalan mana kita ambil , kita tetap akan masuk syurga kalau cara kita betul . " Agak panjang pencerahan yang diberikan oleh Danny .

"Hmp . Mana boleh samakan agama dengan sekolah . Agama ni pegangan kita , kepercayaan kita , 'salah pegang' , merana diri.  " Bidas Naufal . Agak kurang senang dia agama disamakan dengan sekolah . Namun , dia faham maksud Danny itu . Cuma analogi

"Betullah kata kau ,aku bukan apa , aku belum terbuka hati untuk islam sebab aku nampak islam sama je dengan agama lain . Kes buang anak , islam . Kes rompak , islam . Lagipun macam islam ni mengongkong sangat lah . Perempuan kena bertutup dan sebagainya " Kata Danny .. Naufal terasa hatinya semakin 'mendidih' . Pedas telinganya . Namun , bukan salah Danny , dia juga yang menyuruh Danny jawab dengan jujur

"Danny , semua yang kau nampak tu cuma islam dalam IC je . Kau tak seharusnya 'blame' islam .Sebab islam tak salah , yang salah orang islam itu sendiri . Lagi satu , yang kau nampak semua tu , mereka tak berpegang pada ajaran Nabi . Dalam satu hadis dijelaskan ...

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (s.a.w.).
(Imam Malik).
Oleh itu , semua yang kau kata tadi , buang anak , Rompak , semua itu , mereka tak pegang dua perkara ini . " Panjang lebar hujah Naufal sambil mengambil potongan hadis lagi ..

Diam . Danny tunduk . Rasa bersalah menguasai diri , dia tahu , dia tidak sepatutnya menyalahkan islam . Yang patut disalahkan ialah orang islam yang tak berpegang pada islam itu sendiri .

"Maaf jika aku menyinggung kau" Kata Danny lemah.

"Takpe , aku faham" Balas Naufal .

"Tapi aku tahu fal , kau bukan jenis macamtu . Aku tahu kau berpegang pada dua benda tu . Dan aku yakin kau akan buka minda remaja islam yang lain . Dan aku harap , penulisan kau akan dapat buat generasi yang lain kagum dan menginspirasikan kau ." Danny cuba untuk menaikkan kembali semangat Naufal yang dilihatnya semakin pudar . Itu semua ikhlas dari hatinya .

"InsyaAllah Danny .. Aku pun sedih tengok remaja islamku sekarang ni . Aku nak bentuk hati-hati yang sanggup berjuang untuk agama . Aku menjadi inspirasi ? Tidak . Nabi Muhammad saja yang sesuai dijadikan inspirasi . Baginda SAW sungguh murni hatinya , aku ni pendosa , iman aku sekejap di atas , sekejap di bawah . Di samping aku nak bawa orang 'mencintai' islam . Aku mahu juga ada orang yang ajar aku untuk kuatkan keimanan " . Luah Naufal . Entah mengapa , ringan sahaja dia meluahkan perasaan pada Danny . Selama ini , dialah yang paling susah sekali 'menzahirkan' perasaannya ..

Danny diam .. Kemudian dia berkata perlahan . "Kau kata nak bentuk hati mencintai islam kan ? Boleh kau bentuk hati aku ?" Danny bertanya sambil matanya memandang bumi .

Sedikit terperanjat , Naufal menyoal "Maksud kau ?"

"Aku dah lama nak Masuk islam . Tapi , tiada siapa nak bantu aku . Aku harap kau dapat bantu aku" Jelas Danny . Matanya masih juga tertumpu pada lantai ..

Entah mengapa pernyataan itu membuatkan mata Naufal berkaca .

"Ya , aku akan bantu kau . Jom aku ajar kau mengucap dua kalimah syahadah" Kata Naufal . Tidak dia sangka , perjumpaan singkatnya bersama rakan lamanya itu merupakan satu sejarah yang tidak mungkin dia lupakan .

"Asyhadu allaa ilaaa haa ilaa Allah , Wa Asyhadu anna Muhammadarrasulullah . Aku Naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah ." Lancar sahaja Danny mengucap 2 kalimah syahadah . Dengan serta merta , Naufal melihat airmata Danny menitis . Airmata taubat . Airmata yang penuh ikhlas .

"Kau dah hafal 2 kalimah syahadah ?" Soal Naufal

"Aku dah kata , lama dah aku nak masuk islam . Cuma aku takut aku hanyut tanpa bimbingan . Hari ini , aku jumpa kau , dan aku yakin kau dapat bimbing aku" Kata Danny .

"Aku akan tulis satu buku yang bertajuk 'Cahaya-Mu' . Esok , aku bawa kau ke pejabat agama , kita sahkan keislaman kau . Mari , ikut aku ke kereta , nak bagi kau sesuatu" 5 minit sahaja lagi pukul 6.00 . Danny dan Naufal beriringan ke kereta Naufal , Naufal mengambil sesuatu dan memberikan kepada Danny .

"Apa ni ?" soal Danny .

"Tafsir Al Quran . Kau bacalah . Kau berpeganglah padanya . " Naufal mengukir senyuman yang manis .

"Terima kasih Naufal . Kau adalah hidayah yang Allah hantar untukku" Dia lantas memeluk sahabatnya itu sambil air mata tidak berhenti bercucuran di pipinya ..

"Alhamdulillah" bisik Naufal ..

Penulisan ini tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia . Ia hanya rekaan semata-mata . Mesejnya : Hidayah itu datang dalam keadaan yang tidak diduga . Sesungguhnya firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 11 :  "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya."


Wednesday, January 9, 2013

Aku , Kau dan Tudung Labuh



"Dah semakin ramai yang bertudung labuh sekarang kan izah" Kata Zinnirah memecah kesunyian setelah selesai menghabiskan sisa nasi gorengnya .. Memang begitulah kebiasaan mereka , mereka tidak gemar bercakap semasa makan ..

"Alhamdulillah Irah . Dah semakin ramai 'geng' kau ." kata Shafizah seraya mengusik Zinnirah .

"Yelah . Dah makin ramai 'geng' aku . Kau bila lagi ?" Sebenarnya , besar hati Zinnirah melihat kawan baiknya itu bertudung labuh . Shafizah itu jauh lebih hebat berbandingnya . Pengetahuan agamanya luas . Sopan pekertinya . Dia menutup aurat dengan sempurna , cuma , tidak bertudung labuh sahaja..

Izah diam . Matanya tertumpu pada sekelompok 'geng tudung labuh' yang lain yang sedang bersembang dengan beberapa orang muslimin . Rakan sekelas mereka agaknya ..

"Bukan aku taknak bertudung labuh , Ira . To be honest , aku jealous tengok kau dengan ikhwat yang lain yang bertudung labuh ".  Mendatar sahaja Izah membalas . 

"Habis , kenapa kau tak pakai ? Kau pun lagi hebat ilmu agama dari aku ." Besar benar pengharapan yang diberikan Irah kepada Izah .

"Aku tak sedia lagi" . Ringkas saja jawapan Izah . Dia sebenarnya ada perspektif tersendiri tentang tudung labuh . 

"Tak sedia ? Maksud Kau ? Aku bukan kata kau tak menutup aurat dengan sempurna. Kau jangan salah faham , Dah ok dah kau tutup aurat , cuma , lebih comel kalau kau guna tudung labuh bulat" Irah tidak berhenti mengajak Izah bertudung labuh . Izah tahu , niat rakannya itu baik , namun , dia juga ada pendapat sendiri .

"Irah , kau tahu kan aku ni macam mana , semua muslimin kawan ngan aku . Maksud aku , ikhtilat Irah , ikhtilat ! Sebelum aku mengenakan tudung labuh , aku nak jaga ikhtilat aku dulu . Aku taknak , bila aku dah jadi 'geng tudung labuh', aku jadi 'si pencemar imej tudung labuh' . Aku takut itu , Irah " Kali ini , Izah cuba menyuarakan pendapatnya ..

"Hmpp . Kita memang tak dapat puaskan hati semua orang , Izah" Balas Irah pendek

"Ya , itu aku tahu , tapi , kita juga tak boleh nak ubah perspektif orang . Kau tahu kan pandangan masyarakat macam mana , bila seorang buat salah , semua akan kena . Jadi , aku taknak lah menjadi tunjang kepada tercemarnya 'imej tudung labuh " .. Hujah Izah

Diam . Irah cuba mentafsirkan kata-kata Izah tadi . Di suatu sudut , dia mengiyakan pendapat Izah itu .

"Lagi satu , bagi aku , definisi bertudung labuh itu bukanlah setakat , ambik tudung , pakai .. Maksud dia lebih luas dari itu Irah . Kita perlu Labuhkan tudung mata , labuhkan tudung hati , labuhkan tudung mulut . Hmpp . Kau tahu kan apa perspektif orang pada orang yang bertudung labuh ni , 'orang yang bertudung labuh ni bukan baik sangat pun' . So , bila aku dah bertudung labuh satu hari nanti , aku nak ubah perspektif tu . " Panjang lebar Izah berhujah . Maklumlah .. Setiap tahun dia akan mengambil bahagian dalam pertandingan debat .

"Jadi , bila kau nak mula 'mengubah perspektif orang ni ?' " Sengaja Zinnirah mengajukan soalan yang agak tersirat .

Shafizah hanya membalas soalan itu dengan senyuman . Senyuman yang agak sukar difahami ..
Zinnirah pula cuba untuk memahami maksud senyuman itu . Dia berharap suatu hari nanti rakannya itu berubah hati dan menjadi inspirasi kepada generasi lain .. 



Coretan Penulis : Maaf , Storyline agak tergantung kerana penulis kekeringan Idea :)