Wednesday, April 29, 2015
Thursday, February 19, 2015
Comeback ?
Hah ! Gosh , after a longbreak , I come back to write something in this dusty-messy blog .
The idea of comeback never been in my mind before .
Ah ! I just cant write anything . Blank space maybe . Lol
I miss blogging so much and much .
Aku start blogging 2011 kot tak silap , ke 2010 ? ntah . tak ingat aku , tapi masa tu memang aku aktif gila lah . Banyak orang aku kenal dari blog ni , the best thing about blogging is kau dapat share stories kau dengan orang yang kau tak pernah kenal . Aku ingat lagi semua kawan-kawan blogger aku dulu . Dan sekarang baru aku sedar betapa mudanya aku mula blogging dulu . Sebab seingat aku masa aku start , depa semua ada yang dah habis SPM , 2nd year , 3rd year in University , meanwhile masa tu aku hanyalah seorang pemudi berumur 14 atau 13 tahun tak silap . Tapi depa sporting gila . Aku ingat masa sebelum aku PMR dulu , semua buat tema PMR dekat blog walaupun diorang semua dah 4 , 5 tahun tinggal benda tu . Gigih gila dorang bagi words dekat aku .
Sungguh aku rindu detik ituLepas dah habis PMR tu aku masih blogging tapi tak lama lepas tu kami semua hijrah ke twitter . Tapi masih jugaklah blogging cuma tak se-aktif mula-mula dulu . Sampai lah satu tahap yang mana blog ini dibiar sepi tanpa pengunjung , dan tanpa mengunjung , riwayat blogging sudah tamat agaknya waktu itu . Aku jenguk juga sekali dua laman blog rakan-rakan yang lain , jawapannya sama seperti blog aku . Berhabuk . Sepi tanpa entry baru . Tanpa mesej gila-gila di ruang shoutbox .
Dan hari ini aku kembali lagi , untuk menitip sesuatu . Iaitu , terima kasih untuk semua yang ada semasa aku baru mula-mula menginjak remaja sehingga hari ini . Kalian telah mematangkan aku lebih awal dari orang lain . Kerna aku pasti , tidak selamanya aku akan berteman alam maya , namun rakan alam maya yang ini serius benar banyak mengajar aku .
Mungkin ini akan menjadi entry terakhir aku , dan akan kubiarkan begini blog ini tanpa mengubah sebarang tetapan mahupun latarbelakangnya . Biarkan ia kebudak-budakan begini . Kerana pemiliknya sudah terlalu awal dewasa di sini .
Terima kasih rakan blogger yang masih ingat akan diri ini dengan menghantar kata-kata semangat sebelum menghadapi SPM yang lalu . Maaf kerana tidak dapat membalasnya . (Baru membuka emel yang ini 3 hari yang lalu)
Doakan semoga aku dan rakan-rakan lain dipermudahkan urusan dan diberi kecemerlangan dalam spm kami .
di taip oleh
Azeeraagullana
masa
11:56:00 AM
Subscribe to:
Posts (Atom)