Photobucket Photobucket

Wednesday, January 9, 2013

Aku , Kau dan Tudung Labuh



"Dah semakin ramai yang bertudung labuh sekarang kan izah" Kata Zinnirah memecah kesunyian setelah selesai menghabiskan sisa nasi gorengnya .. Memang begitulah kebiasaan mereka , mereka tidak gemar bercakap semasa makan ..

"Alhamdulillah Irah . Dah semakin ramai 'geng' kau ." kata Shafizah seraya mengusik Zinnirah .

"Yelah . Dah makin ramai 'geng' aku . Kau bila lagi ?" Sebenarnya , besar hati Zinnirah melihat kawan baiknya itu bertudung labuh . Shafizah itu jauh lebih hebat berbandingnya . Pengetahuan agamanya luas . Sopan pekertinya . Dia menutup aurat dengan sempurna , cuma , tidak bertudung labuh sahaja..

Izah diam . Matanya tertumpu pada sekelompok 'geng tudung labuh' yang lain yang sedang bersembang dengan beberapa orang muslimin . Rakan sekelas mereka agaknya ..

"Bukan aku taknak bertudung labuh , Ira . To be honest , aku jealous tengok kau dengan ikhwat yang lain yang bertudung labuh ".  Mendatar sahaja Izah membalas . 

"Habis , kenapa kau tak pakai ? Kau pun lagi hebat ilmu agama dari aku ." Besar benar pengharapan yang diberikan Irah kepada Izah .

"Aku tak sedia lagi" . Ringkas saja jawapan Izah . Dia sebenarnya ada perspektif tersendiri tentang tudung labuh . 

"Tak sedia ? Maksud Kau ? Aku bukan kata kau tak menutup aurat dengan sempurna. Kau jangan salah faham , Dah ok dah kau tutup aurat , cuma , lebih comel kalau kau guna tudung labuh bulat" Irah tidak berhenti mengajak Izah bertudung labuh . Izah tahu , niat rakannya itu baik , namun , dia juga ada pendapat sendiri .

"Irah , kau tahu kan aku ni macam mana , semua muslimin kawan ngan aku . Maksud aku , ikhtilat Irah , ikhtilat ! Sebelum aku mengenakan tudung labuh , aku nak jaga ikhtilat aku dulu . Aku taknak , bila aku dah jadi 'geng tudung labuh', aku jadi 'si pencemar imej tudung labuh' . Aku takut itu , Irah " Kali ini , Izah cuba menyuarakan pendapatnya ..

"Hmpp . Kita memang tak dapat puaskan hati semua orang , Izah" Balas Irah pendek

"Ya , itu aku tahu , tapi , kita juga tak boleh nak ubah perspektif orang . Kau tahu kan pandangan masyarakat macam mana , bila seorang buat salah , semua akan kena . Jadi , aku taknak lah menjadi tunjang kepada tercemarnya 'imej tudung labuh " .. Hujah Izah

Diam . Irah cuba mentafsirkan kata-kata Izah tadi . Di suatu sudut , dia mengiyakan pendapat Izah itu .

"Lagi satu , bagi aku , definisi bertudung labuh itu bukanlah setakat , ambik tudung , pakai .. Maksud dia lebih luas dari itu Irah . Kita perlu Labuhkan tudung mata , labuhkan tudung hati , labuhkan tudung mulut . Hmpp . Kau tahu kan apa perspektif orang pada orang yang bertudung labuh ni , 'orang yang bertudung labuh ni bukan baik sangat pun' . So , bila aku dah bertudung labuh satu hari nanti , aku nak ubah perspektif tu . " Panjang lebar Izah berhujah . Maklumlah .. Setiap tahun dia akan mengambil bahagian dalam pertandingan debat .

"Jadi , bila kau nak mula 'mengubah perspektif orang ni ?' " Sengaja Zinnirah mengajukan soalan yang agak tersirat .

Shafizah hanya membalas soalan itu dengan senyuman . Senyuman yang agak sukar difahami ..
Zinnirah pula cuba untuk memahami maksud senyuman itu . Dia berharap suatu hari nanti rakannya itu berubah hati dan menjadi inspirasi kepada generasi lain .. 



Coretan Penulis : Maaf , Storyline agak tergantung kerana penulis kekeringan Idea :)

0 123 people pray for me: